BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 4, 2010

Pengajaran untuk semua...

“Sediakan payung sebelum hujan!”
“Sekarang musim panas, mana ada hujan turun!”
“Tak semestinya tunggu hujan baru nak sediakan payung. Kalau tak ada payung apabila hujan turun macam mana?” 


Walaupun ekonomi agak muram pada tahun ini, butik Femina tidak dilanda kerugian yang besar hanya keuntungan yang diperolehi berkurangan berbanding daripada tahun-tahun yang lepas. Namun demikian, ini tidak menghalang Lela berbelanja seperti biasa. “Simpan duit tu. Hujan datang bila-bila tau,” Rita cuba menasihati Lela yang sudahpun membuat cadangan untuk berbelanja besar dengan duit gajinya bersama bonusnya sekali yang bakal diterimanya.
Hari ahad itu juga Lela mengajak Rita pergi membeli-belah. Bermacam-macam barang sudah dirancangnya untuk dibeli. Kasut, beg, baju, cermin mata dan bermacam-macam lagi. Lela berbelanja seperti setiap hari dia akan menerima tiga ribu dolar.


            “Rita, duit bonus kau, kau simpan buat jeruk ke? Belanjalah sedikit. Lama-lama kau simpan habis juga duit kau. Yang menyakitkan hati lagi duit gaji kau habis  tapi barang tak nampak. Puas hati belanja apa yang kau nak sekarang,” Lela cuba menghasut Rita pula untuk berbelanja.


            “Ehhh. Jangan nak cari pasal. Banyak lagi benda lain yang aku harus bayar. Lagipun wang simpanan aku belum capai Gunung Everest. Lela aku risau tengok kau tau. Asal dapat duit lebih, belanjanya tak agak-agak. Kau ni ada simpanan tak?” Rita menasihat temannya itu.


 “Macam mak neneklah kau. Jangan risaulah duit aku pandai-pandailah aku uruskan. Mestilah aku ada simpanan aku sendiri. Kau takut apa? Bulan depan bukannya tak dapat gaji. Dah, mari kita pergi makan.”

0 comments:

Islamic Widget