BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 4, 2010

Pengajaran untuk semua...

“Sediakan payung sebelum hujan!”
“Sekarang musim panas, mana ada hujan turun!”
“Tak semestinya tunggu hujan baru nak sediakan payung. Kalau tak ada payung apabila hujan turun macam mana?” 


Walaupun ekonomi agak muram pada tahun ini, butik Femina tidak dilanda kerugian yang besar hanya keuntungan yang diperolehi berkurangan berbanding daripada tahun-tahun yang lepas. Namun demikian, ini tidak menghalang Lela berbelanja seperti biasa. “Simpan duit tu. Hujan datang bila-bila tau,” Rita cuba menasihati Lela yang sudahpun membuat cadangan untuk berbelanja besar dengan duit gajinya bersama bonusnya sekali yang bakal diterimanya.
Hari ahad itu juga Lela mengajak Rita pergi membeli-belah. Bermacam-macam barang sudah dirancangnya untuk dibeli. Kasut, beg, baju, cermin mata dan bermacam-macam lagi. Lela berbelanja seperti setiap hari dia akan menerima tiga ribu dolar.


            “Rita, duit bonus kau, kau simpan buat jeruk ke? Belanjalah sedikit. Lama-lama kau simpan habis juga duit kau. Yang menyakitkan hati lagi duit gaji kau habis  tapi barang tak nampak. Puas hati belanja apa yang kau nak sekarang,” Lela cuba menghasut Rita pula untuk berbelanja.


            “Ehhh. Jangan nak cari pasal. Banyak lagi benda lain yang aku harus bayar. Lagipun wang simpanan aku belum capai Gunung Everest. Lela aku risau tengok kau tau. Asal dapat duit lebih, belanjanya tak agak-agak. Kau ni ada simpanan tak?” Rita menasihat temannya itu.


 “Macam mak neneklah kau. Jangan risaulah duit aku pandai-pandailah aku uruskan. Mestilah aku ada simpanan aku sendiri. Kau takut apa? Bulan depan bukannya tak dapat gaji. Dah, mari kita pergi makan.”

Pendidikan Khas

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, January 3, 2010

AUTISME

CIRI-CIRI AUTISME



Autism bukan hanya pada satu keseragaman daripada tahap yang teruk ke paling sedikit. Berikut adalah ciri-ciri autism mengikut kontinum-kontinumnya.

1) Kelemahan Interaksi Sosial

Terdapat tiga kelemahan interaksi sosial yang dihadapi oleh autism iaitu:

1.1. Kelemahan pengiktirafan sosial

Kelemahan pengiktirafan sosial pada tahap yang sangat teruk kebiasaanya mereka tidak mempedulikan langsung apa yang ada pada sekeliling mereka termasuk orang-orang yang berdamping dengannya. Pada tahap yang sederhana pula, mereka lazimnya menunjukkan yang baik dan tenang tetapi sangat pasif sehingga tidak tahu untuk memulakan interaksi bersama orang-orang yang berdekatan dengan mereka. Tetapi, tertdapat juga mereka yang autism yang bersikap terlalu aktif dalam berinteraksi dan tidak mengalami masalah untuk memulakan interaksi dengan orang sekelilingnya. Walau bagaimanapun, mereka menunjukkan keganjilan semasa berinteraksi dan lebih bersikap sebelah pihak sahaja. Mereka ini tidak memahami erti pergaulan sosial. Justeru pada peringkat yang paling ringan, mereka selalunya melanggar peraturan dalam interaksi sosial dan tidak ada sikap persefahaman terhadap orang lain.


1.2. Kelemahan komunikasi

Kelemahan komunikasi pada tahap yang teruk kita akan dapat melihat mereka ini tidak ada keinginan untuk berhubung dengan orang lain. Adakalanya mereka hanya menundukkan kepala atau memandang ke tempat lain apabila mereka menyedari kehadiran kita. Pada tahap kelemahan komunikasi yang sederhana mereka ini mereka hanya melahirkan sesuatu yang perlu dan penting sahaja. Pada tahap yang ringan, mereka ini boleh bertutur seperti biasa dan bercakap tentang sesuatu fakta tetapi tidak menepati keadaan sosial atau tidak bersangkutan dengan topik. Mereka ini juga kebiasaanya bercakap banyak tetapi menghadapi masalah untuk bertindak balas dalam komunikasi dua hala.


1.3. Kelemahan imaginasi sosial dan kefahaman

Menurut Baron, Cohen, et. Al. (1985) menafsirkan kelemahan imaginasi sosial dan kefahaman adalah kegagalan memahami bahawa orang lain juga mempunyai pemikiran dan mereka juga gagal memahami pemikiran dan perasaan orang lain (K. A. Razhiyah. 2008: 11). Kelemahan imaginasi mereka yang autism pada tahap yang sangat teruk adalah mereka ini gemar meniru dan tidak mempedulikan orang lain. Pada peringkat sederhana pula, mereka akan meniru dan mengikut gaya orang sekeliling tetapi tidak faham akan makna dan tujuan berbuat demikian. Mereka juga boleh melakukan pengulangan pada sesuatu perkara tanpa ada variasi atau empati. Manakala, bagi mereka yang mengalami autism pada peringkat dewasa pula dapat merasai apa yang difikirkan oleh orang lain tetapi tidak memahami dan tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan apa yang sedang difiukirkan. Mereka juga dapat memahami dan mengenali perasaan orang lain tetapi hanya pada tahap intelektual sahaja tanpa ada perasaan ingin berkongsi emosi tersebut.



2) Pemerhatian Umum

Berdasarkan cirri-ciri autism yang dilihat berdasarkan pemerhatian umum adalah;

2.1. Perwatakan

Mereka ini memiliki perwatakan seperti kanak-kanak biasa yang suka bermain. Apabila kita melihatnya sepintas lalu, kita tidak akan dapat membezakan mereka dengan kanak-kanak tipikal. Kanak-kanak autism ini mempunyai wajah yang bersahaja atau terlalu bersungguh-sungguh. Sehubungan itu, mereka juga tidak akan memandang ke arah kita dan kebiasaannya juga mereka tidak langsung mempedulikan kehadiran kita di sisi mereka.
Selain itu, mereka ini juga tidak ada hubungan mata atau eye contact bersama kita sama ada ketika ingin berinteraksi atau tidak. Mereka ini akan memandang ke arah lain dan mengelakkan diri daripada memandang muka orang ketika bercakap. Bagaimanapun, kanak-kanak ini tetap mendengar apa yang kita sedang perkatakan. Justeru, terdapat juga kanak-kanak autism yang terlalu meeenung pada wajah kita tanpa berkedip mata dan berkemungkinan juga mereka akan merapatkan wajah mereka ke atas wajah kita sambil merenung tajam ke dalam mata kita tanpa sebarang kata-kata.

2.2 Postur dan pergerakan

Gerak laku kanak-kanak ini kadang kala melucukan sama ada ketika mereka berdiri atau bergerak yang mana pergerakan mereka seolah-olah tidak stabil seperti menari-nari dan ada juga yang memperlihatkan gaya seperti robot. Selain itu, mereka juga tidak menggunakan sebarang isyarat semula jadi dalam pergerakan mereka. Hal ini kerana, mereka tidak tahu fungsi atau masa untuk menggunakan pergerakan isyarat dalam hubungan sosial.


3) Tingkah laku

Dalam tingkah laku, mereka ini kebanyakannya adalah hiperaktif dengan keadaan yang sering berlari ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan. Hal ini menunjukkan mereaka tidak boleh berdiam diri atau bertenang dan ada kalanya mereka melakukan perbuatan itu secara berulang-ulang kali seperti menggerakkan kepala dengan mengangguk-angguk, mengepak tangan atau menepuk tangan berulang-ulang dan bergoyang-goyang. Apa yang perlu kita ketahui adalah mereka ini sebenarnya tidak sedar akan tingkah laku yang mereka telah lakukan kerana ia berlaku tanpa dirancang dan diluar kawalan.
Kanak-kanak ini sebenarnya kurang daya imaginasi dan gemar melakukan aktiviti yang sama tanpa rasa jemu, seperti mengumpul straw yang sama warna atu sentiasa melukis sesuatu yang menjadi kebiasdaanya dalam melukis, contohnya hanya melukis bola atau rumah sahaja. Mereka ini juga suka memutar, melambung atau melempar alat permainan atau apa sahaja yang berada dalm tangan mereka. Mereka juga dikatakan gemar pada sesuatu objek yang berpusing seperti kipas angin dan mereka ini juga boleh bertindak menghampiri kipas angin dengan merapatkan wajahnya kea rah kipas tersebut. Apabila mereka ini menggemari sesuatu benda, mereka akan terus memegangnya dan akan membawanya kemana sahaja. Mereka tidak peduli sama ada barang tersebut milik orang lain atau milik mereka sendiri. Jika mereka dilarang dari berbuat demikian mereka akan bertindak agresif dan meragam bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

4) Emosi

Kanak-kanak autism adalah individu yang tidak tahu mempamerkan mimik muka semasa berkomunikasi bagi melahirkan perasaan mereka sama ada sedih atau gembira atau marah. Wajah mereka seolah-olah mendatar dan orang lain tidak dapat mengagak perasaan mereka berdasarkan mimik muka mereka. Perasaan mereka hanya dapat dilahirkan apabila perasaan ekstrim sahaja seperti terlalu gembira atau perasaan terlalu agresif. Adakalanya mereka boleh mencederakan diri mereka sendiri untuk menzahirkan perasaan yang resah atau berasa terlalu sedih. Justeru, kanak-kanak ini juga sensitive terhadap bunyi yang menjadi mereka dalam keadaan ketakutan, contohnya bunyi air, kipas atau kicauan burung yang pada pendengaran kanak-kanak tipikal tidak menakutkan. Kadangkala bunyi kapl terbang yang didengar mampu menyebabkan kanak-kanak itu menagis sepanjang masa sehingga bunyi itu hilang.

Pengurusan T L

Check out this SlideShare Presentation:

Sunday, November 22, 2009

Salam buat semua guru-guru DLPI...

moga kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan
memegang amanah yang diberikan oleh Allah untuk mendidik
anak bangsa kita...

InsyaAllah......

Islamic Widget